Quantcast
Channel: ....aLwaYs bE wiTh You....
Viewing all 89 articles
Browse latest View live

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

$
0
0


Bismillah..okay..sebelum memulakan penulisan.terus terang dikatakan.sape yg inginkan kegagalan dan tidak percaya janji Allah dalam Al Quran TIDAK PERLU meneruskan bacaan.menerjah blog2 orang dan bace wish2list..n most of them hoped nak menjadi orang yg berjaya dan cemerlang..Disini saya menerangkan bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang namun ia juga digunakan untuk berjaya dalam hidup DUNIA dan AKHIRAT.

Bukan mudah untuk menjadi pelajar cemerlang namun ade beberapa tips dan jalan yang telah Allah SWT sediakan utk kita melalui surah al-Mukminun ,surah yg ke 23 dalam permulaan ayat..Insya Allah kita boley praktis dan amal2 kan dan sebar2 kan..

01.   Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama.Maka imanlah faktor utama kejayaan.Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sifat positif yang akan disebutkan dibawah..

02.   Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.   Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.   Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada disaat-saat genting,janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan2 yang lebih susah di sekeliling kita.Kongsilah apa yang termampu,samada ilmu,kertas2 soalan tahun lepas dan lain2.Mana tahu berkat itu dibawa ke peperiksaan atau mereka mendoakan kita.

06.   Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Walaupun sedang berada disaat-saat genting,janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan2 yang lebih susah di sekeliling kita.Kongsilah apa yang termampu,samada ilmu,kertas2 soalan tahun lepas dan lain2.Mana tahu berkat itu dibawa ke peperiksaan atau mereka mendoakan kita.
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan.Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat,jangan pula kita terus menulis.Sebaiknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'Azim."

07.   Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
"Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi.Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus.Mereka kekal didalamnya."[23:10,11]

Alhamdulillah..itu sahaja tips ny..dan ada sedikit lagi ayat Ayat alquran buat dijadikan pedoman.
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]




Petikan dari -I LUV ISLAM-

Tanda Hati Sudah Mati

$
0
0
Okay.Assalamualaikum WBT..seperti yang kita tahu..hati merupakan raja bagi segala perlakuan kita.Dalam hadis Rasullah SAW ada mengatakan : Dalam sesuatu jasad ade seketul daging,Apabila baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu.Apabila buruk daging itu,maka buruklah seluruh jasad.Dan daging tersebut adalah HATI.

Hati yang baik akan membawa jasad ke arah kebaikan dan sudah tentu juga akan membawa orang disekelilingnya kearah kebaikan juga.Hati yang mati ini amatlah dikhuatiri dan dibimbangi kerana hati yang mati adalah hati yang gelap dan susah untuk menerima nasihat,,dan lain2 lagi..Apabila hati sudah mati..Adakah anda dapat jamin jasadny mampu melakukan ibadah dengan lebih baik?

Tanda tanda hati MATI adalah seperti yang berikut:
  • Mengaku kenal Allah swt,tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • Mengaku cinta kepada Rasullah SAW,tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca Al-Quran,tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah swt,tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  • Mengaku syaitan itu musuh,tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga,tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya siksa neraka,tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa,tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukan diri membuka aib orang lain,tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah,tetapi tidak mengambul pengajaran daripadanya.
Punca-punca hati mati adalah:

  • Hati tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
  • Hati juga mati jika tidak diberikan makann dan santapan rohanni sewajarnya.Kalau tubuh badan boleh mati jika kita tidak makan dan minum..begitu juga hati.
Oleh itu..ubatilah hati kita kerana hati yang mati kadang akan menjadi penghalang untuk kita mendapat apa yg kita hajati..





    PLKN..here i come

    $
    0
    0
    OKay..post yg pendek dan padat..da lambat da sennay niyh..na kene g plkn..ditempatkan di plkn gambang,Kuantan..utntuk 3 bulan..huhu..mula2 cam excited.macam malas un ade..tapela pape un..doakan yg terbaik utk saye ye..!






    Untukmu Adam

    $
    0
    0

    Salam dihulur setulus bicara,
    Sejahtera keatasmu sebagai hamba,
    Moga kita masih berada di bawah rahmat-Nya,
    Yang Maha Pengampun Maha Berkuasa.

    Asif jiddan andai bicara Hawa,
    Mengganggu Adam mencuri masa,
    Sungguh mujahadah ini memandu Hawa,
    Menyusun bicara meluah rasa.

    Untukmu Adam,
    Yang amat Hawa hormati,
    Usah ditanya mengapa hawa pergi,
    Usah disoal mengapa Hawa menjauhi,
    Usah jua dimusykilkan hati,
    Mengapa Hawa menjarakkan diri.

    Untukmu Adam tiada benci,
    pada perilaku dan peribadi,
    Saat ini Hawa hijrahkan diri,
    Mengatur langkah mendidik hati,
    Cuba bermujahadah menongkah budi,
    Mencari sinar yang didambai,
    Lantas usah didukai,
    Pengislahan diri.

    Mujahadah ini mengajar Hawa,
    Mempersiapkan diri meraih taqwa,
    Menjadi insan yang lebih sempurna,
    Dan menginsafi khilaf butir bicara,
    Agar kalamnya selembut sutera,
    Bak sekuntum Az-Zahra,
    Yang harumnya menyenangkan jiwa.

    Di jalan damai ini,
    Harus Hawa siapkan diri,
    Mengadun amal menyantun budi,
    Agar menjadi Nisa berakhlak tinggi,
    Mahmudah terpuji hiasi peribadi,
    Zahir dan batin tiada sangsi.

    Harapku jua,
    Padamu Adam agar bersama,
    Dijalan mujahadah ini kita melangkah,
    Usah berleka dek kealpaan dunia,
    Persiapkanlah diri , hati dan jiwa.

    Semoga di suatu ketika,
    Dirimu menjadi Imam kepada Hawa,
    Memabawa Hawa di jalan yang sama,
    Di atas hamparan kehidupan yang tersedia.

    Hanya kerana Allah,
    Kita bertemu,
    Jua hanya kerana-Nya.
    Mujahadah ini akan bersatu.

    Andai lafaz sakinah itu bukan takdirnya,
    Pada hati harus pasrah,
    Jiwa harus tabah,
    Ini suratan-Nya,
    Pasti akan ada hikmahnya,
    Usah kecewa,
    Kerana niat utama sebuah hijrah,
    Hanya kerana Allah semata,
    Berdoalah,bersyukurlah,
    Agar hati sentiasa menerima,
    Setiap segala kerana Allah.

    Moga untuk Adam pendamping An-nisa',
    Adalah yang terbaik kurniaan-Nya,
    Dan moga untuk Hawa,
    Adanya sentuhan Rahmah,
    Dari yang Esa Pemilik Cinta,
    Menguatkan hati pada segenap rasa,
    Agar hati yang bermujahadah,
    Sentiasa berkilau dalam kasih sayang-Nya,
    Menjadi permata yang berharga,
    Untuk Ummah dan Agama.

    Harapan dan doa diiringi,
    Moga jua hubungan ini,
    Akan sentiasa dirahmati Rabbi,
    Sungguh,hanya kerana Illahi,
    Mujahadah ini diharungi.

    Akhir kalam daripada Hawa,
    Untuk Adam lafaz bermadah,
    Yakinlah..
    Mujahadah itu pahit kerana,
    Syurga itu manis fitrahnya,
    Semoga haruman mujahadah ini,
    Akan sentiasa mengharumi,
    Taman perjuangan kita !

    In Shaa Allah..

    Teluk Chempedak-I am 4 U..

    $
    0
    0
    Assalamualaikum..okay..first skali cter pasal pengalaman di Teluk Cempedak,,menari lagu I am 4 U sempena Beautiful Malaysia yg baru shaja dilancarkan..smpi sane tatau la kul bape.adela dlm kul 8 pastu beriadah bersama warga2 tua dan OKU.. senam2 rengang2 segala pastu pegi minum2.




    smpai la tibe mase kitorang un menari la yg betol2 I am 4 U ue sempena pelancaran Beautiful Malaysia..habis j 2 round..plastik sampah diagihkan dan kitorang un wat la khidmat komuniti pertama untuk bersihkan pantai..bukan ade smpah pun..smpai tahap kutip pasir na penuhkan sampah.hik3

    ta smpi 5 minit na kutip sampah tetibe ujan lebat gler trun..kitorang un berteduhla smbil sarapan meehun basah hujan..huhu..lepas 10 minit ue..hujan reda kejap..sume orang berkumpul..kitorang un sambung kutip sampah..







    Lepas habis j kutip2 ue..kitorang makan2 sket..n ramai2 kumpul at depan skrin beasr utk tgok pelancaran Beautiful Malaysia..ta smpi dlm 10 minit lepas ue..tetibe hujan lebat trun..Semua orang lari lintang ppukang cari tempat teduh..

    Time niy kitorang satu khemah dgn Menteri Besar Pahang dan Menteri Kewangn 2..pergh.! kitorang adela dlm 15 orang jd hero tukang pegang khemah untuk lindung menteri2 ue..lepas dorang selamat an diri..ak bwu nampak 2 khemah at blakang kitorang da terbang kene tiup..pokok2 tumbang..cikgu2 dah risau ngn kitorang..lepas reda sket..kitoarng un berkumpul at McDonald dekat2 ctu..

    Dlam stengah jam lepas tu,kitorang un makan berat sket..daging kari ngn ayam goreng 2 ketul sorang..makan puas2..haha..padahal bukan buat ape un..


    Dlam kol 12 lbey kitorang un bertolak blik bersama sedikit pengalaman bersama menteri2..pun boley..


    #Renungan bersama

    $
    0
    0

    ✿ 3 mata yg tak dijilat api neraka ✿

    1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
    2. Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
    3. Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata.



    Subhanallah!

    "Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.
    Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
    Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Qur’an cukup baginya.
    Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.
    Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya."



    Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
    Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
    Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
    Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.
    Jadikanlah Al-Quran itu Surat Cintamu,
    Jadikanlah Solat itu penghubung dengan Tuhanmu,
    Jadikanlah Zikir itu Kerinduanmu,

    Dan Jadikanlah Mati itu Pertemuan Pertama Dengan Kekasihmu.



    Tangisku Dalam Sendu

    $
    0
    0


    Bilakah kalut hidupku akan berakhir
    Kemana kumelangkah pasti ada yang benci
    Inikah suratan atau dugaan tuhan
    Walau bibirku mengukir senyum hatiku menangis

    Tak siapa tahu keikhlasanku padamu
    Cerita tak berasas dan tuduhan buta
    Dihulur pada mu yang ingin kuhampiri
    Malah diracuni fikiranmu agar aku tersingkir


    Begitu banyak sekali persaingan aku harus tenang
    Menghadapi sedangkan dirimu pula jadi perhatian setiap insan
    Biar apapun jua tafsiran bermain dipenjuru hatimu
    Relaku tempuh namun mengalah usahlah kau harapkan

    Lambat laun nanti kebenaran terserlah
    Di situlah juga akan kau sedari
    Betapa tulusnya pengorbananku ini
    Memperhambakan diri tak mengenal jemu
    Ketahuilah kesetiaanku ini
    Tidak pernah luntur ditelan waktu
    Bagaikan batu besar menghimpit dadaku
    Tiap hari berganti makin beratnya
    Selagi tak terbukti keikhlasan hatiku
    Selagi itu keresahan dan sesak di dalam



    Jadilah muslimah sejati :3

    $
    0
    0

    SILAPNYA SEORANG WANITA ialah::-

    :}Bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA...:}Bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI...:}Bila dia memberi, maka dia akan BERIKAN SEGALA-GALANYA..

    -Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI... wanita perlu BERHATI-HATI, janji manis di bibir... mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu... mungkin menjadi SELUMBAR yang MELUKAKAN... makanya, SELAGI BELUM PASTI... jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan di miliki SECARA HALAL dan SAH... JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita mudah memberi... maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI.
    *~Cantikkah aku andai AURATku terbuka untuk disantap oleh matayang bakal membawa ALLAH murka...♥

    *~Cantikkah aku andai MARUAHku tidak terjaga lalu senang di kata-kata oleh mulut mereka yang suka mengata..♥

    *~Cantikkah aku andai AKHLAKku tidak terpelihara mudah sajadicanang dijadikan tajuk utama cerita...♥
    A ade kat atas bangunan. B berada di tingkat bawah. A nak panggil B, tapi B tak dengar. A pun baling duit syiling ke B dengan harapan B mendongak ke atas. Tapi B terus tunduk amik duit syiling tu tanpa memandang ke atas [ke arah A].Bila A membaling batu ke bawah, lalu mengenai si B, baru B dongak ke atas.

    #Agak-agak kita dengan Allah macam tu ke? Bila dibagi musibah baru nak pandang Allah??

    #bila diberi nikmat tak dikongsi sikit pun dengan orang yang memerlukan (bersyukurlah).


    *~Cantikah aku andai AGAMAku tidak terguna lalu mudah saja akualpa dek kerana tipuan dunia...♥ 

    ~Wahai MUSLIMAH,peliharalah AURATMU,MARUAHMU,AKHLAKMU & AGAMAMU agar kamu beroleh PAHALA & KEREDHAAN ALLAH kerana seindah2 perhiasan adalah WANITA SOLEHAH...
    •❤• 1 hariAku akan tinggalkanmu•❤• 1 hariAku akan lari darimu•❤• 1 hariKau akan menyesal kerana tidak memilikiku•❤• 1 hariKau akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu•❤• 1 hariApabila kau menyedarinya.. kau sudah terlambat untuk memilikiku

    >>> Kerana aku Al-Quran sebagai panduan hidupmuMaka carilah aku sebelum aku pergi ke sisi Penciptaku 
    (✿◠‿◠)




    Hang out Dak PLKN.!

    $
    0
    0
    Assalamualaik dan selamat sejahtera pada pembaca..huhu..saje na cter at korang member baru jumpe at plkn..Hafizi dan Ommar Izi Hanafi..baru shj hang out bersama2 lantas mengeratkan lagi hubungn kami lebih dr seorang kawan yaitu teman dan sahabt..huhu..bermula dengan Ommar.

    Hari pertama di PLKN Gambang,beliau duduk katil sbela ak..thats why kitorang memang rapat gler..Hafizi juga satu dorm,namun agak pendiam orangny hatta sekarang un lbey kurang jugak kcuali dgn orang2 yg rapat dgnny..gentle.syok gler kawan ngn kora.ak jg gigal..buat apebnde yg ak ske dan mereka niy bnyk menjadikan ak orang yg lbey matang.

    Straight to the point td kitorang g Mid Vallley Megamall jalan2 tgok wayang sambl bincang forum yg kami akan bawa bersama2..naik cuti ney..ahaks..tgok wayang cter A good day to DIE HARD.

















    Apapun terjadi..Harapnya hubungn ini berkekalan sampai bile3..! love u all guys.




    Hadiah buat ayah

    $
    0
    0
    Pada suatu malam,seorang lelaki soleh bermimpi berjalan disuaru kawasan perkuburan.Didapatinya semua penghuni kubur itu telah bangkit dari kubur masing2.Mereka kelihatan mengais2 tanah seperti mencari sesuatu.Keadaan kubur mereka gelap gelita.Tetapi ada sebuah kubur yang dihuni oleh seorang lelaki tua.Kawasan kuburnya memang terang benderang.

    Lelaki soleh itu pun pergi kekubur itu lalu bertanya kepada lelaki tua itu. "Mengaoa kubur kamu terang benderang,sedangkan kubur mereka yg lain gelap gelita.Mereka juga kelihatan mengais2 tanah mencari sesuatu."

    Dalam keadaan gembira ,lelaki tua itu menjawab, "Sebenarnya mereka menunggu pahala dan doa daripda anak2 mereka tetapi tidak juga sampai.Alhamdulillah,setiap masa ada sahaja pahala yang sampai pada saya.Pahala itu daripada anak saya yang masih hidup"

    Lelaki soleh itu bertanya tentang anak lelaki tua itu.Dengan rasa kesyukuran,lelaki tua itu memberitahu nama dan alamat tempat tinggal anaknya.Selepas itu,lelaki soleh itu tersedar dari mimpinya,

    Keesokan harinya lelaki soleh itupun bercadang untuk mencari anak lelaki tua yang ditemuinya dalam mimpi.Tujuannya ialah untuk mengetahui samada mimpinya benar atau sekdar mainan tidur.Lalu lelaki soleh itu pergi ke pasar seperti mana yang diberi tahu oleh lelaki tua itu.Selepas memberi salam,dia bertanya beberapa orang yg berada disebuah gerai tentang pemuda itu.

    "Ada,itupun dia". jawab salah seorang lelaki yang ada disitu sambil menunjuk kearah pemuda tersebut.

    Selepas mengucapkan terima kasih,lelaki soleh itu pun pergi mendapatkan pemuda tersebut.Setelah berada dihadapan pemuda itu,lelaki soleh itu berkata"Wahai orang muda,semalam saya bermimpi berjumpa dengan ayahmudan dia berkata dia sungguh bertuah mendapat anak seperti kamu.Bolehkah kamu ceritakan apakah amal kebajikan yang telah kamu lakukan.? "

    Saya mencari rezeki yang halal san bibir saya tidak henti drpd berzikir dan pahalanya saya hadiahkan untuk ayah yang telah meninggal dunia."jawab pemuda itu dengan ikhlas.

    Lelaki soleh itu merasa kagum mendengarkan ketulusan hati pemuda itu yang masih terus menunaikan tanggungjawab terhadap orang tuanya,meskipun orang tuanya sudah meninggal dunia.Kini jelaslah bahawa mimpi yang dialami oleh lalki soleh itu bukan sekdar mainan.


    Bermulanya sebuah cerita.. [PLKN]

    $
    0
    0



    Alhamdulillah..setelah 2 bulan stengah.akhirnya habis sudah Latihan Khidmat Negara..Pelbagai pengalaman suka duka dihadapi..macam2 jenis orang yg dijumpa..Bermula pada 4 Jan 2013 hinggalah 16 Mac 2013 latihan di Kem Semuji Gambang..Setibanya disana Bas Selayang 3 diasingkan pelatih2ny utk pembahagian kompani..Mase ue dapat satu baris ngn Hafizi n Akmal Arif dalam kompani Alpha.

    Pembahagian dorm pula dibuat berdasarkan giliran n dapat dorm L1 pada awlny.namun setelah ketibaan pelatih dr Jerantut..barulah kene berpindah ke L5..Dan disinilah bermulany persahabatn yg erat antara ak dan Ommar..Disini juga kenal Kevin dan ramai lagi ahli dorm.

    Kemudian bermulalah KKJ Alpha yakni kertas kerja perkara yg kami akan lakukan sepanjang kami berada disini..Disini ditampilkan beberapa ahli yang petah berbicara untuk mengangkat nama Alpha dari segi persembahan untuk pertama kali..Namun Charlie lebih menguasai pentas pada hari itu.

    Ketua kompani mula dilantik secara ta rasmi apabila orang yang paling aktif diminta ke hadapan untuk mengetuai skuad..dan ketika itu Akmal Arif berada dihadapan..Setelah beberapa hari.Cikgu Mustapha mewarwarkan bahawa jawatan ketua kompani dan timbalan masih kosong.dan orang yang paling aktif sekali lagi kehadapan untuk diuji kehebatan kawad dan suara yang paling lantang.

    Ujian tersebut berakhir dengan Ketua kompani Alpha jatuh kepada Raziman Adnan.Dan ak,ALhamdulillah dilantik menjadi Timbalan ketua kompani..Ketua Kompani Alpha wirawati pula dipegang oleh Fatin Nabilah dan Timbalan dikuasai oleh Khairul Najihah.Akmal Arif dinaik pangkat terus jadi Ketua Pelatih.

    Organisasi surau pula ditubuhkan..Akmal Arif yang memiliki pengalaman Ketua badar dilantik jadi Pengerusi AJK Surau..Haikal dan Hafizi yang memiliki ilmu agama pula dilantik sebagai AJK Surau..Akhirny,Ketua Kerohanian Kompani Alpha atau Kumpulan Imam Ahmad diberikan kpd saya.Agak berat jugak na trime awalny..namun dikuatkan diri untuk bawa naik nama Alpha/Imam Ahmad dari segi rohani.

    Pelbagai tugasan diberikan kpd kami antaranya mencipta logo,pembentangn kumpulan termasuk sejarah tokoh,mencipta lagu mengenai tokoh kami(nasyid),forum(3x),amali solat,dan pengurusan jenazah..Kami terpaksa menyiapkan setiap tugasan dengan keadaan yg agak tertekan kerana kekangn masa dan terpaksa memikirkan tentang aktiviti jurulatih multi skil dan fizikal juga.huhu

    Dalam masa yang sama,kami 321 orang dibahagikan kepada 4 kelas dibawah Multiskill.Disini,ak dapat kelas CB3 dan disumbat dalam kumpulan PLKN Rockers.Bermulany perkenalan dengan ahli2 kompani lain..CB3 sangat2 la meriah dan aktiviti yang dilakukan mendapat sambutan hangat dari setiap pelatih walaupun macam ketadikaan jugaklah.

     Setiap kali modul diubah,kumpulan juga akan diubah..Selain PLKN Rockers,kumpulan lain yg pena masuk adalah Bangsa Malaysia Warrior (BMW),Tok Gajah(KN3).Di kelas CB3 ini,,seringjugak la ak dilantik jadi Kapten kelas.Kapten ditukar pada setiap hari..So,semua orang berpeluang rase la..Raseny setakat tu j kot pengenalan kpd sebuah cerita..



    Teater Muzikal CB3

    $
    0
    0
    Setelah genap 2 minggu lbey kelas CB dijalan kan..penutup CB telah diadakan dan setiap kelas dikehendaki menampilkan bakat2 pelatih melalui beberapa pertandingn yaitu teater muzikal,drama,jugle dan persembahan bakat..Ak memilih untuk masuk Teater Muzikal kerana ramai sgt pergi at drama dan persembahan bakat..Ketika Jas selesai membahagikan pelatih2 CB3 kepada 4 kump.Beliau menggesa kami memilih kumpulan utk setiap pertandingn.

    Time ak sebut name Thomas yg ketika itu duduk sebela ak.Para wirawati tetibe sebulat suara sebut name ak untuk dijadikan Pengarah.adeyh..na tanak trime j la en..Perbincangn dilakukan dan ak tatahu apebnde un sebab ta bape minat persembahan sbenany..Suraya conquer suasana perbincangn dgn pelbagai cadangn dan kami akhirny sebulat suara trime satu2ny cadangn tersebut.

    Ketika ini ak secara tidak langsung meminta pertolongn sepenuhny Suraya dlm mengendalikan Teater ini..Beliau menyiapkan skrip yang terbaik untuk para pelakon..dan ak hanya susunkan jadual dan membahagikan pelakon serta mencari pelakon utama..Microphone yg sedikit disediakan diletakkan dalam masalah utama teater ini..Masalah yang kedua adalah komitmen 200%dr setiap pelakon dan penari.

    PENARI-satu hal jugak sebenany..takd sape na ajar dan lg truk takd yg nak nari un..huhu.Masalah mike diselesaikan apabila ak membuat keputusan akhir untuk membuat pentomen..Ketika ak memikirkan tentang tarian-Ommar dan Suraya yg mewakili suara latar pelakon turun padang untuk mengendalikan bahagian lakonan..

    Ketika ini Jasreen tampil untuk menjadi koreographer kami namun masa yg suntuk membuatkan ak membuat keputusan untuk membatalkan kehadiran penari tambahan..Sekali lagi pening apabila penganjur pertandingn menetapkan teater tidak lebih dr 7 minit atau penalti dikenakan setiap minit yg terlebih.Pelbagai babak dipotong dan ak puas memilih lagu yang pendek untuk diselit.

    Ketika ini ak sangat2 la bersyukur atas kehadiran pelakon utama-Thomas Zavier dan Kee yang memberikan komitmen yang terbaik.Terima kasih korang..Pelbagai latihan dibuat tanpa lagu..sehinggalah Malam persembahan-Mimpi Sampai ke Bintang tiba.Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan sangat rapi,ak hanya naik kepentas sebagai pendahuluan dan penutup ringkas Teater Muzikal kami..

    Na tahu habuannya? ALhamdulillah..perit jerih kami terbayar apabila 4 hamper dimenangi malam itu termasuk Johan Teater Muzikal dan Kelas CB terbaik..! Ketika itu,hanya syukur mampu dipanjatkan..yang pipih tidak datang melayang,yang bulat tidak datang bergolek..

    Thomas kanan sekali

    Kee : sbela kanan


    Punca kejatuhan Akhlak remaja

    $
    0
    0
    Assalamualaikum..okay beberapi hari terawal disurau..kami dikehendaki beratur mengikut dorm dan setiap dorm akan ditugaskan untuk mengulas tajuk2 yang diberikan..dan dorm L5 mendapat tajuk Punca Kejatuhan Akhlak Remaja..

    Kami semua ahli dorm L5 berdiri dihapan semua pelatih Muslim bermula dengan pengenalan diri..Nama,asal,sekolah dan lain2..Kami cuma diberikan seminit untuk berfikir.Ulasan kami dimulakan oleh Hisyamudin,ak,dan disambung pula oleh Naz dan Hage..

    Hisyam-Setiap anak yang dilahirkan adalah ibarat kain putih dan ibubapalah yang akan mencorakan anak mereka.Jadi seandainya baik yang dicorakkan makan baiklah akhlakny..pastu adela panjang lebar dy cter,ta berapa ingat sangat..

    Apa yang saya ckp mase ue adlah..Berdasarkan hadis Rasullulah maksudny-Dalam jasad ada seketul daging,sekiranya baik daging tersebut,maka baiklah keseluruhan jasadnya,sekiranya buruk daging tersebut,maka buruklah jasadnya keseluruhan..Dan daging itu adalah hati.

    Jadi hati memainkan pernn penting dlm menentukan kemana perginya akhlak remaja tersebut sama ada baik atau buruk.Selain itu,Hadis Rasullulah juga menyebut-Setiap manusia yang dilahirkan adalah suci.Makanya ibubapalah yang mencorakan hidup anak2 mereka..

    Ayat alquran juga ada menyebut-Sesungguhnya solat itu mencegah dari berbuat kejahatan dan kerosakan-Jadi kita boleh lihat disini,sekiranya akhlak seseorang remaja itu kurang elok,samada solat beliau kurang sempurna untuk memberi kesan yg boleh mencegahny dari kemungkaran ataupun remaja tersebut memang ta solat langsung..

    Ada sebuah kisah menceritakan seorang yang suka mencuri dan diberitakan keadaan itu kepada Rasullulah,Rasulullah bertanya adakah dia bersolat.? Ya jawab pengadu tersebut..Maka disuruhnya biarkan kerana solat itu akan mencegah dia dari terus mencuri..Wallahu A'lam.

    Ta ingat ape yg Naz ckp tapi Hage-Setiap anak yang dilahirkan itu suci putih dan bersih..Sekiranya ibubapany Islam maka Islam lah anaknya dan sekiranya Yahudi,maka yahudilah ia..makanya Ibubapa lah dijadikan ulasan Hage malam itu..

    Dan Ape jawab Ustaz SIfadin.? Dia kate ulasan kami itu cabang yang paling besar..dia nak benda kecik j..Kateny Puncany adalah suasana persekitaran..Beliau menampilkan kata2-Sekiranya berkawan dengan penjual minyak wangi makan dapat wangi,Kalau kawan ngn tukang besi dapat habukny..

    Betul jugak cuma dia langsung ta ulas ape2 idea kami..dan disini ak mula berwaspada dalam setiap apa yang dia katakan kerana beliau bukanlah calang2 orang,tegas pendirian,sentiasa mahukan yang terbaik dan perlu sehati dengan apa yang beliau nak.Jangan nak berbagai2..


    Tugasan 1 Kerohanian-Pembentangan kumpulan

    $
    0
    0
    Tugasannya adalah :
    • Memilih seorang ketua
    • Logo Kumpulan 
    • Penerangan sejarah tokoh Imam Ahmad bin Hanbal
    Nampak agak senang en..time niy..AJK surau da caw g meeting room..Semua orang tercengang dan takd sape na bgn smpaila ak bangun kawal situasi..Pemilihan ketua..? Secara tidak langsung akla yg jadi..Masa niy kitorang bhagi2 la orang untuk lukis logo kumpulan kami,,Pelukis =2 berbakat maju menukil segala idea yg dipersetujui bersama-Kamal Farhan main peranan bahagian lukisan..Perancangn tentang pencarian sejarah Imam Ahmad pula di fikirkan.

    Kata putus diterima..setiap orang wajib mencari sumber2 sendiri terutama tenet phone untuk cari sejarah hidup imam Ahmad..Hidayu dr Samttaj menampilkan kehebatan henpon tac skrin dy apabila dia dapat mengumpulkan banyak input tentang sejarah Imam Ahmad.Hidayah dr Semashur juga tidak kurang hebat apabila beliau kol ustazahny untuk mendapat kan kisah hidup Imam Ahmad.

    Haikal dari skolah Agama skitar Pahang menunjukkan bakat beliau dalam bercerita dan menghafal apabila beliau memiliki banyak cerita tentang Imam Ahmad berdasarkan buku Abdul Latip Talib yg dibacany..Pembahagian tugas pembentang dibhagikan..ak dan hidayu jadi tukang terang logo..aien izzati dr MRSM trendak visi,Fatin dr SBPI gombak misi..tukang cter sejarah..pengenalan diceritakan Akmal dr Semashur dan Haikal..
    Mase pembentangan adalah 15 minit dan mase niy la ak ingatkan na panjang lebar skit penerangn ak at logo sbb na kasi lame..tapi malangny kene marah plak ngn Hidayu..huhu..sdeynya ak..tapi takpela an..ak buat ape yg ak rase betul j..stat kat cnie tetibe ak rase macam down plak na bercakap at depan lagi.tapi takpela..satu j ak tanam dlm diri..selagi orang na denga..ak akan bercakap dan terus bercakap perkara yg hak.

    Disini Alhamdulillah kami dapat komen yang agak positif daripada ustaz.Terima kasih bnyak2 kpd Haikal sbb bg ak dy la penyumbang utama dlm memeriahkan pembentangan kitorang,,dan mase niy la ak rase berkobar2  untuk tahu dgn lbih baik tentang sejarah tokoh islam..Walaupun ak amek PQS..ak ta kenal un sape Imam Ahmad niy.huhu..sdeyh betol..
    Fatin nabilah

    Hidayu
    Akmal dan Haikal







    Tugasan 2,3,4 Kerohanian..

    $
    0
    0
    Forum perdana 1-Kepimpinan melalui Teladan.
    Panel-Ashraf,Hidayu,Hafis(epy),Amirah
    Pengerusi-Najiha
    Bagi aku..time ney senang j sebab ad bnyak isi yg boleh diberi..dan Hidayu main peranan penting untuk menguasai suasana..cme ade sorang niyh kate ak serabut plak sbb na susun jadual perbincangn la..apela..ak bukan ape,cme na terbaik untuk Imam Ahmad tapi lain plak yg ak dapat..dan at cnie ak da mule macam rase panas aty plak dgn Imam Ahmad..Walaupun pada mulany ak dendam ngn budak ue..tapi akhirny ak ubat diri ak sendiri..dan berkata biarlah orang na benci kte.asalkan kte ta benci orang..Musuh mengajar kita perbaiki diri..Sape makan cili dy terasa pedasny,,

    Forum perdana 2-Aurat oh Aurat
    Panel-Fahmi,Haikal,Fatin,Fatihah
    Pengerusi-Raziman
    Forum yg niy ak rase mcm serabai plus serabut sket sebab beberapa kali tukar panel..kecewa gak la bila ramai yg ta yakin at diri mereka untuk tampil ke hadapan..tapi Alhamdulillah diorang buat dgn baik sekali hari forum tersebut..sepanjang cuti ak hny dapat berhubung dgn 3 panel j tntg tajuk yg diberi..raziman? bidan terjun akhir untuk pengerusi namun dia buat dgn sgt2 baik..

    Forum perdana 3-FItnah AKhir Zaman
    Panel-Hafizi,Ommar,Husna,Bahiyah
    Pengerusi-Kaysablihan(penulis)
    FOrum niy yg pling best sbb kitorang semangt gler kuar g midvalley bincang bagai tentang forum yg akan dibuat neyh.. Ramai plak yg selar apa yg kitorang buat.semangat sgt la..mlebeyh2 la.ape la..adoi..nasib baik la ak ta amik port sgt..tapi kita hny mampu merancang bukan..Waktu forum berlangsung..tibe2 ak jd biru,pucat dan kelu kedu..taktau la knape dan ape yg berlaku..tambah2 plak panel wirawati ta brape semangat..adeyh.tapi ta kesala an.yg penting kita da buat yg terbaik.

    ahli forum ke3
    Amali Solat-
    Time niy rase sgt2 kecewa krn nampak jelas yg kumpulan Imam Ahmad kurang kerjasama..kene plak kutuk abis dgn Ustaz Sifardin..yg kene berdiri dan jawab segala soalan2 pedas.tak lain dan tak bukan..ak la..huhu..Setiap orang dikehendaki hafal 10 bende dan Time amali solat ni dorang akan kene soal..malangny..time ustaz soal sorang2 dan ade yg tergagap..orang sbela ta tlong un..

    huhu..dah sume tanak tolong.last2 ak yg jerit2 dr jauh tolong mereka2 yg taley jawab..ak kena marah plak sebab bising2..adeyh.nak je ak jerit blik at dy.yg korang tanak tolong kawan2 sbela pehal! Lepas ustaz perasan ak da tau dy ny hint..dy trus ta tny pape lg..huhu..kecewa gile..malam esokny..dorang kene ceramah ngn aku.padan mke.

                            Pengurusan Jenazah-
    Haha..time niy ustaz marah2 sebab dak2 niy ta paham bahasa termasuk ak..habis ak maki dia kat blakang.Astagfirullah..bengang gler ak.sbb dia asik na yg betul j..huhu..last2..kitorang dapat mulakan dgn baik..ak gunakan sket2 penglaman ak urus jenazah ase f4 dlu..Alhamdulillah,jenazah diurus dgn sgt baik skali..Pengurusan kami juga agak cantik dan mudah dan cepat..

    Tajuk forum ke 3




    Sahabat PLKN 1-Ommar Izzi Hanafi

    $
    0
    0
    Ommar Izzi Hanafi Abd Shukor
    • 21 Oct 95'
    • Kuala Lumpur
    • Sangat suka n inginkan DUnhill BLue
    Okay.bermula dengan di L1..Beliau niy ta jumpe katil kosong..padehal sbela katil ak kosong..haha..so disini permualaan perkenalan ak ngn dy..time niy dy bnyk rapat ngn dak2 Zetro, Kvn Lee n Ajwad..So,ak just ikut2 j la sebab tatau na bawak diri ke mana en awal2..Smpai la ak pindah L5 ngn dy,,kitorang still lagi katil bersebalahan..kene plak kelas yg sama..kompani yg sama..Menjadikan kami sgt rapat dan akrab.

    Ommar jugak seorng yg agak petah bercakap tapi ta berapa na menonjol sangat..boleh diasah lagi dan perlu lebih yakin pada diri.Seorang yg handsome dan amat terkenal..tidak kira jejaka mahupun janda.haha. kidding..

    Ak tak tahu bile mase ntah tetibe ak amek berat sgt2 pasal bendera alpha..Oleh kerana rasa tanggungjawab,Ommar bantu ak bawak bendera ue kemana2 j terutama sekali setiap kali perlu berkumpul..Orang kate kami niy da mcm belangkas at mane ade Ommar,disitu ade ak..rehat same2..kiosk same2..tandas same2..sumeny same2..


    Sehingalah kami keluar ke Mid Valley bersama2..ak dapat merasakan kemanisan persahabtan kami,,Apa yg ak ske pada Ommar adalah kami sering ta sependapat..kena plak ak ske berdebat..jd macam2 yg ak perdebatkan ngn dy..dan ak akui apa yg dia katekan saluny betul..cme kadang2 terlalu ikut perasaan.macam ak jugak.




    Satu yang ta brape minat adalah..suka cerita kebaikan musuh ketika bertanding dan cerita kelemahan sendiri dan organisasi.kurang yakin pada diri dan ske membuatkan orang lain ta yakin pada diri..Yang niy perlu diubah sket kerana orang Melayu niy kuat makan psyco..kalau awak ta yakin,,senyap j..bg dorongn kat yang mengkonduk sesebuah organisasi..bukan melemahkan.kata2 semangat itu penting untuk setiap orang terutama ketua.


    Kata2 dr ak untukmu-Harap persahabtan ini trus kekal dan hakikatny ak masih lg tatau ape sbenany yg berlaku sepanjg 2 mgu terakhir ue,harap ko dapat terus terang j..keep strong..k doakan ko dapat apa yg ko nak..kentalkan jiwa..dan ak mintak maaf kalau ak ade tersinggung perasaan ko..ak niy da la ske cakap lepas j..hang out jgn lpe ajak..gudluck 4 ur SPM..!

    Kadang2 ta semua yg ada disekeliling kte perfect..sbelum kte pandang kelemahan orang..tgok diri sendiri dahulu.Fikir Positif.! -kaysablihan-

    Hambamu-Mawi ft. AKhil Hayy

    $
    0
    0

    Ini adalah salah satu lagu nasyid yang Imam Ahmad persembhkan..dan waktu niy kumpulan lain un na lagu yg same gak..dan ak nyaris bergaduh ngn beberapa orang niyh semata2 na tegakkan bahawa lagu niy kami dah pliy dlu berdasarkan persetujuan ketua2 kumpulan2..

    Ke arah satu perjalanan
    Dlam sebuah kehidupan
    Demi untuk mengecapi
    Hasrat murni didalam hati

    Usaha dgn doa
    Masanya akan tiba
    Dengan restu Illahi
    Kelak pasti akan ditemui

    Suluhkan cahaya dihati terang Allah
    Tunjukkan jalan seandainya hilang, Allah
    Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
    Tegakkan semangat bila runtuh
    Setibanya disisimu ku berserah
    TErimalah ku,
    Hambamu Allah,Ooo,
    Hambamu Allah,Ooo

    Sekiranya takdir menguji
    Cekalkan lah hasrat di hati
    Semoga kesusahan bisa
    Mengajar erti terus asa.

    Usaha dgn doa
    Masanya akan tiba
    Dengan restu Illahi
    Kelak pasti akan ditemui

    Suluhkan cahaya dihati terang Allah
    Tunjukkan jalan seandainya hilang, Allah
    Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
    Tegakkan semangat bila runtuh
    Setibanya disisimu ku berserah
    TErimalah ku,
    Hambamu Allah,ooo
    Allah,
    Dengan restu Illahi,
    kelak pasti akan ditemui.

    Suluhkan cahaya dihati terang Allah
    Tunjukkan jalan seandainya hilang, Allah
    .Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
    Tegakkan semangat bila runtuh
    Setibanya disisimu ku berserah
    TErimalah ku,
    Hambamu Allah,Ooo,
    Hambamu Allah,Ooo
    Hambamu Allah.!



    Sahabat PLKN 2-Hafizi Abd Razak

    $
    0
    0
    Mula kenal atas bas-mke memang sgt familiar sbb ade senior un mke cam dy..igt an senior ue penanguhan..sekali bukan da..nameny Muhammad Hafizi bin Abd Razak.
    • Kustech
    • 4 Oct 95'
    • Kuala Kubu Bharu
    • Footballer
    • Nasyider ( solo der)
    Hafizi..same gak,sedorm L1 pada awalny.dan jrang menonjol sgt..kene ak pegi at dy..awal2 dlu la..pstu dy pinda L4..tapi kami still akrab walaupun berbeza kelas,,tgu antra satu sama lain..rehat same2..lepak same2..dan ak sgt2 senang bersama dgn beliau.





    Seorang yang tegas dan berpendirian tetap.Ta suke tgok member dalam susah.Lebih suka mengobserve dan menunggu sblum bertindak..Mate seksi. (ade wirawati ckp aw.bukan ak).katang boh..suara sedap dan sudah tentu handsome boy..Terus terang orangny..ta begitu sosial..

    Jangan bangga plak puji2 ney..ak ckp berdasarkan opinion ak j..sket2 da la an..yg len ue simpan dlm aty da la an..Pape un..best sgt hang out kte ngn ommar aritu at mid..! na hang out ag jgn lpe ajak aw.! 










    Kate2 ak untukmu-Teruskan jadi diri anda,terima kasih atas setiap nasihat mu..jage diri dan jangan lpe menonjol sket..

    21st March 2013 - Tarikh bersejarah

    $
    0
    0

    May life brightest joy,
    illuminate ur path,
    and may each days journey,
    Make ur dreams come true..

    Tanggal 12 Tengah malam..maka nya..bermula lah..aku..melangkau lebih jauh..ke seluruh pelosok alam ini..menjengah..ke pintu kematangan..dan menerpa ke khidupan kedewasaan.huhu..amende ak mrepek niyh..

    21 Mac 1995,3 pagi-Perut Ini serasa bagai hendak pecah..lekas ku kejutkan suami yang berada disebelah untuk membawaku ke hospital..Dalam perjalanan menaiki kenderaan Honda Accord..Pecahlah ketumban yang selama ini melindungi bayi dari segala hentakan..Suami memecut laju Honda Accord beliau dr pangsapuri di KKB ke Hospital KKB yang ketika itu paling berdekatan..Namun! Setibanya dihadapan hospital..tiada doktor mahupun nurse yang menjemput pesakit dalam situasi cemas niy..hospital juga nampakny amat gelap..blackout kot..

    4.30 pagi-Suami memecut keretany dr Kuala Kubu Bharu terus ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur..sesampai ny disana..ak terus dibawa ke wad bersalin..setelah beberapa jam menahan perit,duka sengsara..

    5.30 pagi-Seorang bayi lelaki yang sangat4 comel dilahirkan dimuka bumi ini..Ketika ini..suami sudah fikir2 hendak memberi nama apa buat anak teruna ny yang pertama ini..Muhammad khair pilihan awal..namun ak merasakan bahawa Muhammad Ikhwan lebih sedap..Akhirnya Nama tersebut digabungkan menjadi Muhammad Khairul Ikhwan bin Sablihan.

    Hepi Birthday to Me..!
    Cter ringkas..haha..takde keje..Kalau dulu keluarga terdekat..rakan2 debar2 nak tny anak laki ke pompuan,sihat ke ta..amende segala smentara tgu saat ak dilahrkan ini..Dan kini sekali lagi selepas 18 tahun..perkara yang sama berlaku..sudah pasti semua ny menunggu untuk mengetahui apakah keputusannya esok..! SPM result announced.! huhu..takutny

    So skang niyh..ape yg boley kte buat,,cme..keep praying..n pray..huhu.semoga keputusan yg diraih esok dapat membanggakan ibu dan arwah bapa..Amin2..Skang niyh dok sebok layan segala wish di FB n Twitter,huhu..


    Wishing u a day,
    as sunny as ur smile,
    as warm as ur heart,
    a day as wonderful as u are...

    Result SPM

    $
    0
    0

                                                           Trial SPM vs SPM sbenar
                                                           jeng3..huhu..

    A-  : BM :  A+
    A- :  BI  : A+
    A  :  BA  : B+
    A-  :  SJ  : A
    A+  :  MT  : A-
    A  : PQS : A-
    A  : PSI : A-
    G :  AM : B+
    C+ : FZ  : C+
    E : BIO : B+
    E :  KM : C+

    Huhu..nampakny begitulah rupeny result SPM..ape yg diharapkan ta tercapai..yang kte dah master tbe2 kecundang plak..cikgu2 ade tawarkan borang cek balik especially yg menurun ue..tapi tatau lagi la kot..aseny tapaya la..redha j dgn ape yg dah ditentukan..bak kata ustaz Nizam : 

    "Mungkin apa yang kita doa ue ta sampai kot..ada silap at mane2..buat dah mudah,,doa banyak tapi itulah ketetapan Allah,,Dia sudah rancang abiyh segala apa yang kita perlukan,,Oleh itu teruskan berdoa dan bertawakal.. :) "

    Sejuk hati rasa..semua cikgu bg kata2 support n Alhamdulillah dapatla jugak terima hakikat ini dan kita cme perlu terus lakukan perkara yg pling penting dalam hidup kita yaitu terus beribadah kepada Allah..kecemerlangn didunia tidak menjamin kecemerlangn diakhirat.Oleh itu,sentiasa bermuhasabah diri dalam apa jua keadaan yang kita lalui..semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.Insya Allah.

    Memang kalau dak2 niy cter SPM mereka hebat2 belaka,sape ta cemburu an..tapo,,yang penting adalah kita terus tabah dan jadikan perkara ini sebagai ujian hidup paling besar yang pertama untuk kita tempuhi dalam menongkah arus zaman..Usaha perlu diteruskan..rezeki Allah itu berada dimana2..bersebaran lah..dan carilah rezeki itu..Usaha tangga kejayaan..


    Viewing all 89 articles
    Browse latest View live